Bismillahirrahmanirahim...Assalamualaikum..
Dalam diri kita ada seketul daging yang diberi nama hati..Hati
kita adalah pinjaman dan ia adalah totally milik Allah..Hati kita sering
berubah dan sering diuji..MasyaAllah..perbagai perasaan telah dimasukkan dan
juga dipinjamkan oleh Allah untuk dimasukkan kedalam hati ini..
Ia bagaikan pelbagai ramuan dimasukkan dalam 1 bekas dan dikacau
hingga sebati..Tapi perasaan ni lain..die boleh berubah dengan cepat dan
kadang2 sgt lambat..Aku sangat ingin kan ketenangan jiwa..Apa yang kita perlu
ada utk menenangkan jiwa kita??
I love A...
i) I love ALLAH
Firstly kite kene
letak kan Allah sebagai motif dan sebab kita ada didunia ini..Lahirnya kita di
dunia ini trus dpt jawatan iaitu sebagai kahlifah..Khalifah ialah pemimpin bagi
orang yang beriman..berat tao tugas seorang khalifah ni..kita xleh je senang2
letak jawatan sebab jawatan ni xleh diwarisi atau pun dipindah randah..sama la
macam iman..Iman tidak boleh diwarisi dari seorang ayah yang
bertaqwa..adehh..mcm lirik raihan plak..
So, kita kene
tetapkan Allah adalah pertama bagi diri kita dan jika kita mencintai Allah
automatic kita akan mencintai kekasihNya (Rasullullah SAW). Cara-cara utk
mencintai Rasulullah adalah menghayati Sirahnya, beramal dengan sunahnya,
berilmu dengan Hadithnya dan Al-Quran..Senang je kan..Tapi, kita kene tanya
iman kita..adakah kita mampu buat atau pun tidak.. J
ii) I love AZIZ
Aziz adalah salah
satu nama Allah yang wajib kita beriman ke atasNya..Aziz bermaksud yang kuat,
yang mulia dan kekasih..Aziz jugak name ayah saya yang saya sayangi dan
hormati..Tanpa kasih sayang seorang ibubapa, siapa lah kita kat dunia ni..Ayah
adalah seorang lelaki yang bertanggung jawab ke atas anak2 dan isterinya..Kita
sebagai anak2 yang soleh dan solehah wajib menghormati dan mengahisi kedua
ibubapa kita..
Kalau kita sentuh
pasal ayah, mesti kita teringat keluarga kita..betol x??mencintai seorang ayah
dan ibu bermakna mencintai keluarga kita juga..jgn lah bermusuh-musuhan dalam
keluarga kita sebab nescaya kita akan memerlukan pertolangan daripada mereka
suatu hari nanti..So, saling bantu-membantu dan jangan lah mengungkit jika kita
pernah menolong dan ikhlas kan hati dengan apa yang telah kita bantu..sebab
sebaik2 bantuan adalah dalah Allah..bukan dari kita..bersyukurlah..Alhamdulillah..
iii) I love ANIS
Anis adalah satu
nama yang indah bagi aku..Indah bakan dari segi paras rupa tetapi maksud dan
keperibadiannya..Aku mengenalinya sejak tingkatan 1 dan kami xde lah rapat sgt..di
sebabkan kitorang ni di kanenkan..aku pon redha je laa..kitorang pon adalah
salah satu pasangan yang maen secrete admire kat dalam kelas 1 Ibnu-Khaldun..Tp
mmg time form 1 je yg kite rapat..form4 aku pindah skolah..Memang aku da x jmpe
die daa..
Dalam pertengahan sem 2 aku berada
di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, tiba-tiba aku nmpk Anis nek bus..lpe aku
nak bgtao..die mmg seorang yg tggi..aku dari jauh mmg nmpk die je laa..aku
fikir dalam hati..mcm kenal je awek tu..bru la aku ingat..Dialah Anis Hamizah
Bt Abdul Rahman kelas sama ngan aku time 1 Ibnu-Khaldun dlu..Mmg berputik
kembali la kisah lama..
Kita kawan je dlu
smpai aku masuk UTHM sem 2..aku mintak kaple ngan Anis..30-3-2009..haaa..malam
dalam pkl 9 lebih laa..mmg happy gler la..berbunga gile hati ini..Aku time tu
mmg la gler2 skit..tp solat 5 waktu tetap menjadi pegangan..just aku sedikit
lost laa..aku pon xtao kenape..
Setiap kali cuti sem
kita mmg akan jmpe..Happy..mmg Happy sgt..sejak dari tu aku mengambil
kesempatan utk mengenali die..Tp..aku ni mmg problem..aku xtao kenape aku ade
sifat selaki yang “kuat jeles”..aku tuduh die macam2..padahal Anis x buat pon
bende tu semua..aku trus tuduh die macam2..Anis tetap
bertahan..MasyaAllah..itulah salah satu keperibadian Anis yang aku xkan
lupakan..
Aku yang banyk buat salah ngan
Anis..Aku CURANG..aku xsedar ape aku buat..mmg sah aku ni lelaki buaya darat..tp
klu korang nak tao..Anis tetap maafkan aku..Anis tetap pelihara hubungan
kami..bertapa kuat hambaMu ini ya Allah..tetap teguh dgn pendiriannya..tetap
percaya dengan takdirMu..
Dalam pada nak dekat
hari lahirnya, pada malam itu aku terbangun dari tidur..ringan badan aku utk
bangun dan solat tahjud..Sebelum ni bkn men berat lagi..klu bangun pon confirm
tido balik punye..tp aku xtao kenape lah ringan sgt mlm tu..aku solat..tbe2
hatiku berdetik..mcm ade bende x kne je..ade suara,ade bisikan yang mengajak
aku kembali lah kejalan Allah yang benar..kembalilah kepada cara Islam..dalam
pda masa yang sama aku terfikir tntang masa depan aku..apa akan berlaku pada
keluarga aku nnti..??dalam seminggu jgk aku fikir..
Pada hari
jadinya(10/4/2012) aku buat keputusan drastik utk tgglkan masalah kaple ni wat
sementara waktu..aku x bgtao sbb ape aku tgglkan Anis..dgn kesempatan ni, mgkin
aku dpt fokus dalam membentuk sasiah diri..insyaAllah..aku mengikuti beberapa
kuliyah agama..aku slalu tgk ceramah youtube and bli buku hadis,sirah para
anbia’ utk menguatkan lgi ilmu agama..dan dengan bantuan yg telah diberikan
oleh Anis (menghadiahkan aku terjemahan Al-Quran) aku berjaya
mengamalkannya..Alhamdulillah..
Dalam pada masa
itu,Anis tetap menungguku..aku terkadang bersyukur sgt dapat bidadari di smping
ku..tp aku takot aku akan jatuh kembali..mmg kadang2 aku jatuh..ya Allah..ujian
demi ujian datang kepadaku..tp dia tetap dgn pendirian nya utk terus menungguku..Alhamdulillah
ya Allah..aku bersyukur jika dia adalah Isteriku,dia adalah pemangkin utk trus
aku memegang jawatanku sebagai khalifah, pendamping ku di syurgaMu, ibu kepada
anak2 ku, makmumku, dan penasihatku..
a) Doa aku dan dia
Pada masa yang sama
kau menolak Anis, Anis tetap dalam doaku..stiap kali solat fardhu dan sunat aku
berdoa “YA ALLAH..SESUNGGUHNYA ENGKAU YANG MAHA MENGETAHUI DAN MAHA BERKUASA YA
ALLAH, KURNIAKANLAH AKU ISTERI YANG SOLEHAH IAITU ANIS HAMIZAH BINTI ABD.RAHAMAN,BUKAKANLAH
PINTU HATIKU DAN HATINYA SUPAYA KAMI BERGELAR SUAMI ISTERI..DAN SUPAYA DIA
DAPAT MENDIDIK ANAK2KU, SUPAYA MEMBERI KEKUATAN KEPADAKU UTK TERUS BERJUANG
KEJALANMU DAN BERSAMANYA DI SYURGA KELAK YA ALLAH..
b)Solat istikharah
·
Semasa
kaple – Anis mntak aku solat istikharah agar di beri hint adakah mmg kita di
takdirkan bersama..dan aku buat..dan satu hari aku bermimpi aku berada di
sebuah masjid..ade ramai org..dan aku toleh ke arah bahagian perempuan..terbuka
luas tirai dan ada sekelompok wanita disana..ditengah aku ternampk dia..Anis
Hamizah bt Abdul Rahman..die berpakaian tudung labuh berwarna putih..dibahgian
lelaki aku bersalaman dengan seseorang..mungkin pada masa itu adalah hari yg
dinantikan oleh pasangan yg akan bergelar suami isteri..
·
Semasa
Perubahan(x kaple) – mmg aku x fikir pasal sesiapa pon..pada masa tu aku buat istikharah
atas kehendak aku sendiri..alhamdulillah..dan aku telah bermimpi,aku berada
disebuah rumah,yang mempunyai sebuah keluarga..semua ada pada masa tu..ade
seorang perempuan selalu tersenyum kepadaku..tp aku lupa..siapa dia..mgkin sbb
aku x fikirkan sesiapa pada masa itu,mmbuatkan aku lupa..tetapi yang aku ingat,
En.Abdul Rahman memanggilku dgn nama ‘menantu’..sgt jelas..aku
terkejut..setelah aku sedar..selepas solat subuh,aku berfikir sejenak..mmg Anis adalah makmumku..insyaAllah..
·
Masih
dalam perubahan(mencari cintanya) – aku istikharah dan aku bermimpi aku
bersamanya dirumah dan dia mendukung seorang bayi..Anis slalu senyum kepadaku
dan selepas itu kami menaiki kereta dan aku pun tersedar..apa makna semua itu??
Ada juga aku bermimpi tapi aku tidak solat
sunat istikharah,aku bersamanya di taman membuai seorang budak kecik
bersama-sama..sambil gelak ketawa..kami happy sgt masa tu..mimpi apakah itu..??
Sepanjang aku
mengenali dia selama 5 tahun ini, mimpi aku hanya ada Abus selain mimpi aku
berjmpa ibuku..hanya Anis sahaja perempuan yang muncul dan aku kenal di dalam
mimpiku..kenapa yea??kadang2 aku sedih mengenangkan Anis..tabahnya Anis menempuhi ujian ini seorang diri..aku ingin tampil bersamanya pada suatu hari
nanti sebagai Imamnya..aamiin ya Allah..
Menunggu Jawapan
Aku bnyak buat silap
dengan nya..aku rasa mmg aku x layak..tetapi..Anis adalah takdirku..Aku dapat
rasa semua ini..Kali terakhir aku call Anis,aku mohon dipertimbangkan utk aku
hadir kepadanya sebagai seorang suami..bkn lagi teman..tetapi suami yang
sah..insyaAllah..tetapi,mgkin dosa aku yang terlalu bnyk dan salah aku pada
Anis, membuatkan dia tawar hati pada aku..
Aku memohon agar
menerima aku yang baru, dan aku sudah berubah dan masih dalam perubahan..aku
mohon agar dipertimbangkan utk buat kali yang pertama utk aku yang pertama(baru).
Aku mempunyai matlamat jika diperisterikan Anis..insyaAllah..aku akan berusaha
utk memupuk semangat cintakan Allah,Rasulullah dan Islam dalam sesebuah
keluarga nanti..
Aku x putus berdoa
dan aku akan terus mencuba..mungkin mengalir semangatnya dahulu padaku..mungkin
jgk, Allah telah memberi jawpan pada doaku(istikharah)..Aku berharap sangat,
Anis Hamizah bt Abdul Rahman memberi jawapan yang positif dan aku berjanji
dengan nama Allah,akan aku berkongsi segalanya(ilmu,harta,perasaan,susah dan
senang) bersama2 insyaAllah..
Anis Hamizah Bt Abd. Rahman
Muhammad Fahmi B. Aziz
InsyaAllah..ada sambungan..:)
p/s:maaf lah..aku xpnh buat bende2 mcm ni..bak kate member aku,”ini
poyooooo!!”..tp perasaan aku xkan berubah utk kali ini..kerana tiada ruang lagi
di hatiku..