Tuesday 5 February 2013

Advance Birthday Prasent


Kesalahan-kesalahan post sebelum ni
·        Tarikh aku dan Anis bersama pada 30/3/2010
·        Name Anis senget..sorry ek..

Advance Birthday Prasent
Assalamualaikum..Alhamdulillah dengan berkat Allah, sye diberi peluang utk trus memenuhkan blog ini.. :) ..Nikmat adalah sesuatu kurnian Allah yang dikurniakan kepada hambaNya..Nikmat ini datang dari pelbagai bentuk termasuklah udara(oksigen) yang setiap saat kita hela,tubuh badan yang sihat, dan rezeki yang melimpah ruah.


Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan bahawa Baginda bangun solat malam hingga kedua kaki baginda bengkak. Lalu isteri baginda iaitu Aisyah r.a bertanya, “Mengapa anda melakukan ini, padahal ALLAH telah mengampuni dosa anda yang dahulu mahupun yang akan datang?” Baginda SAW menjawab, “Tidak bolehkahkah jika aku menjadi hamba yang bersyukur?” (Al-Bukhari, no. 4837 dan Muslim, no. 2820).

Dalam firman Allah yang bermaksud “nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan” ayat ini diulang sebanyak 31 kali di dalam Surah Ar-Rahman ..MasyaAllah..Bersyukurlah dengan nikmat anda di dunia ini, sesungguhnya urusan dunia ini hanya sementara dan akhirat jualah kekal selamanya..

Alhamdulillah..aku bersyukur sgt..aku masih di beri peluang utk berkhidmat didunia sambil mengumpul aset di akhirat kelak..hampir 23 tahun aku diberi peluang ini..insyaAllah..doakanlah aku supaya aku tidak jatuh semula ke jalan kemungkaran,nauzubillah..

Rasa syukur aku ni,aku nak kongsi kat blog aku..tp..aku tao mmg xkan ade pon yg bace..sje2 je..menjelang hari lahirku yg akan tiba, abah mak,adik and kaklong da pon membelikan aku hadiah..ni kira mcm advance birthday prasent la ni..terime kasih abh mak,adik and kaklong..

                                      Thanx abah,mak,kaklong and faris

Tp sebenarnya bkn dunia atau hadiah stiap tahun tu yang aku kejarkan..korang tau x ade nikmat yang mmg xleh dibeli dgn wang??bila kita fikir2 balik,banyak kan??X semestinya dengan wang ringgit kita boleh beli nikmat bahagia..bahagia adalah satu keadaan dimana tiada duka yang berlaku..keadaan tersebut boleh berlaku dalam sesbuah keluarga bahkan dalam hati sesorang juga boleh menemui bahgia..

Bahagia di hati mmg susah nak cari..sbb ia perlu bermula dengan ikhlas..Islam berdiri diatas 3 perkara :-
  1.   Niat
  2.   Perbuatan
  3.  Lisan

Ketiga2 perkara ini perlu di buat dengan ikhlas dan dengan cara ini akan bertemu bahagia di hati kita insyaAllah..

HambaMu ya Allah yang aku sayang:-

Abah,Mak,kaklong and Faris





My future wife..inshaa Allah..
Anis Hamizah Binti Abd.Rahman (Zaujah..aamiin)

InsyaAllah..jika diberi kekuatan,dipanjangkan umur..aku akan kongsi lgi k..Assalamualaikum..





No comments:

Post a Comment